Tuesday, November 15, 2016

UK, France and Qatar Trip - Day 10 & 11

Assalamualaikum

6 Mei 2016 - 7 Mei 2016

Day 10 - Doha, Qatar

Hari ini sepatutnya kami berangkat pulang ke Malaysia. Kalau ikutkan schedule flight kami petang tu. Tapi terpaksa menundakan flight kepada esok paginya disebabkan flight mlm itu full. Seperti biasa, sarapan call jer, kali nie kami dihidangkan dgn Masala Dosa. Memandangkan hari itu hari Jumaat, maka kami plan nk keluar rumah selepas selesainya menunaikan solat Jumaat sbb kebanyakkan kedai mula beroperasi selepas solat Jumaat.

Kami pergi ke Souq Al Dira semula untuk mengambil Abaya yang ditempah semalam, sempat jugak sambung shopping beli abaya lg, maklum la smlm da ambil order dari family. Abaya beza sikit dengan tmpt lain.. lepas tu kain dia agak kualiti la.. Lepas tu En Hubby pun membelanjakan dirinya dgn membeli jam G-Shock, katanya G-Shock disana murah.

Sepanjang hari ini kitorg memang tak sempat nk ambil gambar, sbb camera tinggal kat rumah kononnya nak balik petang tu.

Lepas settle shooping semua, kami dibawa ke Doha City Center (Mall - mcm KLCC la lebih kurang). X beli apa-apa pun disini, saja jalan2 jer. Haa, lupe nk bg tau, kt sini ramai org pinoy (Philippines).

Makan mlm terakhir kami kami dibawa ke restaurant India, Bollywood Masala Restaurant, maveles..


Bila perut da kenyang.. kami pun pulang ke rumah.


Day 11 - Doha, Qatar - Malaysia

Seawal pagi kami da gerak ke airport kalau tak silap dalam pukul 7 pagi waktu Doha.
Kalau tak silap saya flight kami pukul 9.30 pagi kot.
Sempat jugak la cuci mata kat Hamad International Airport. Harrods, Perfume macam2 ada.
Tapi tak snap gambar pun. Hahahaha.

Untuk trip to Qatar ni.. kami berdua ingin merakamkan jutaan terima kasih yang tak terhingga pada kawan En Hubby especially En Anifi dan En Amin dan kawan-kawan yang lain yang sudi melayan kunjungan kami ni dan terpaksa bawak kami jalan2 sekitar Doha.  




Kami selamat sampai Malaysia dalam pukul 10 lebih sebab delay. Ada ribut di area KLIA.
Syukur Alhamdulilah kami sampai dengan selamatnya.
Ok dah sampai Malaysia.. tq Qatar Airways


Tamatlah sudah Trip UK, France and Qatar kami.. 
Tujuan blog ini diilhamkan bukanlah untuk menunjuk-nunjuk tetapi sekadar untuk berkongsi.

InsyaAllah saya akan sambung di Trip yang lain pula.. 



No comments:

Post a Comment