Monday, March 7, 2016

Perth - Day 1

DAY 1 –Perth City (27 Feb 2016)

Assalamualaikum.
Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi baca blog cik sepi ni. Semua mintak cik sepi sambung Day 1. Hahahha. Ada yang tanya cik sepi pergi dengan sapa? Bila? Oh ye.. cik sepi lupa nak update tarikh. Sebenarnya kami pergi pada 27 FEB 2016 hingga 4 MAC 2016. Ikutkan tarikh asal, kami akan bertolak pada 3 Mac dan pulang pada 8 Mac. Memandangkan airasia reschedule kami pun pilih tarikh lagi awal. (Sehari selepas birthday Cik Sepi.. konon nak celebrate kat sana.)
 Inilah kawan-kawan cik sepi.. Tadaaaa.....

(dari kiri : En Hubby, Me, Cik Syu, En Saiful)

Perjalanan kami bermula 26 Feb 2016 malam (Birthday Cik Sepi). Sebab flight kami bertolak pada pukul 12.05 malam.  Flight kami tak delay pun. (Credit to Airasia X) Semua berjalan dengan lancar.
Kami touchdown Perth International Airport pada pukul 5.30 am.
Selesai urusan melepasi kastam dan immigration  dalam pukul 6.20 rasanya. Awal-awal kami dah nampak kedai menjual simcard.
Perkara pertama yang kami cari adalah Prayer Room. Senang je untuk menuju ke situ. Keluar je dari pintu ketibaan tu, korang akan Nampak booth rental car dan prayer room tu betul-betul kat belakang tu berhampiran dengan toilet.

Prayer Room




Cik Syu and Me tengah focus dengar penerangan
 dari En Rama
Berbalik kepada cerita simcard. Kat sini En hubby dan Cik Syu memakan masa selama sejam gak la nak pilih mana provider yang bagus untuk kami. (Me pasrah je.. janji leh online.hihi) Akhirnya kami pilih Vodafone. 
Promote sikit, kat sini salesman tu peramah sangat dan boleh cakap melayu. Namanya RAMA berasal dari Indonesia dan sudah lama menetap di Perth.

  *Promote sket :korang boleh la jumpa dengan dia dan tanya tempat yang menarik di sekitar Perth kat dia.

Selesai dapat internet..masing-masing terus wassep kat family. Lepas tu, kami call Mr Ian (wakil dari aries car rental) untuk pick up kereta. Kami decide ambil kereta terus dari airport sebab harga macam lebih kurang je kalau naik teksi.




Inilah kereta sewa kami selama 7 hari..

Kereta ni sesuai untuk 4 org..


Bermulalah perjalanan kami ikut itinerary yang kami dah buat kat bawah ni..





1. Danish Patisserie 

Pertama sekali kami semua pergi ke Danish Patisserie untuk beli breakfast untuk seminggu kat sana. Memang best kedai ni. Rotinya lembut.. chicken pie sedap dan sherped pie pun sedap.


Sebelum korang pergi kedai ni.. korang haruslah google dulu sebab masa kami datang tu.. kedai tu tutup pukul 11.00 pagi.


Ni je sempat aku snap.. frozen sherped pie





2. Caversham Wildlife Park



Makan dulu kat luar caversham..

Untuk masuk ke sini sorang $27
Kami decide pergi sini awal sebab nak pergi show awal pagi.

Farm Show - 10.00 am, 1.00 pm, 3.00 pm

Wombat - 11.00 am, 2.00 pm, 3.45 pm
Koalas - 10.00 am - 1.00 pm
             - 2.30 pm - 4.30 pm
Feed Kangaroos - 9.00 am - 5.30 pm



Enterance Caversham


Kangaroo

Comel sangat kangaroo color putih ni..


Muka macam takut je memasing..


Kami berempat pulak..

Wombat


Koala


time ni koala tengah berjaga,, agak takut-takut disitu,, hehe


Cute gile kan?




2. Eshed Market

Memandangkan ESHED Market ni buka pada hari jumaat, sabtu dan ahad. Kami decide pergi awal la. Kat sini kami spend beli souvenir untuk family and friend la. Kat sini memang murah dari tempat lain. Sebelum terlupa nak cakap jugak kedai kat area perth sini kebanyakannya tutup pada pukul 5.00pm. So rancanglah perjalanan korang sebaiknya.













3. Fremantle (Kailis Fish and Chip)

Untuk first day kami kat sini.. kami try kaili's fish and chip dulu. Lepas ini boleh rase cicerello's fish and chip cadangnya. Satu menu dalam $15-$20 aud. Me and my hubby share je.


Sedapkan?? nyum nyum..


View kat dpn kailis..




          4. Watertown Brand Outlet
               
              Kami sampai sini dalam pukul 4.30 petang. Kami just masuk dan survey barang apa yang dijual sebab semua kedai nak tutup dah. Kat sini hari Sabtu, kedai tutup pukul 5.00petang. Actually hotel yang kami menginap ni berdepan je dengan watertown brand outlet ni.


          5. City Stay Apartment

Hotel ni pulak highly recommended sebab ramai orang Malaysia menginap kat sini. Kat sini jugak jangan risau tentang arah kiblat sebab ada salah satu bilik die ada tanda arah kiblat. 

Lupa nak bagitahu.. masakan hari ini dimasak oleh Cik Syu. (tq syu)



Menu Day 1 - Chef Cik syu


Tiada aktiviti malam yang dilakukan sebab kami pun kepenatan seharian.

To Be Continue.. Day 2





3 comments:

  1. Nak bertanya. Untuk Aries Car Rental tu kena apa2 deposit tak? sebab dengar nya dorang akan amik AUD400 daripada debit kita untuk deposit tapi dorang akan beri balik. betul ke? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. awal2 lagi mmg dia ada tulis - "A bond of $400.00 on your credit card is required upon collection of car." kami buat pembayaran guna Credit card(CC). so lepas kereta dipulangkan.. die tak charge kat CC kami tu.

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete