Tuesday, June 28, 2016

UK, France and Qatar Trip - Day 5

Assalamualaikum.

1 Mei 2016 ~birthday En Husben ~

Day 5 - Sekitar Edinburgh

Hari ini saya sambung lagi.. Actually rumah sewa yang kami pilih adalah area bandar sebab kami taknak gunakan kereta. Kat Edinburgh parking mahal.. pengangkutan awam yang ada kat sini adalah bus dan trem.. Kami tak guna langsung pengangkutan awam.. Kami cuma berjalan kaki je.

Edinburgh ni adalah bandar lama dan banyak tarikan sejarah.
Untuk aktiviti hari ini.. kami melawat :

1. Princess Street
2. Scott Monument
3. Princess Street Garden
4. Scottish National Gallery - Masuk Free. Takde gambar sebab tak dibenarkan ambil gambar)
5. Edinburgh Castle
7. St Giles' Cathedral
8. Victoria Street
9. National Museum of Scotland (Tak masuk dalam pun)
10. University of Edinburgh (Postpone esok hari)

Selepas breakfast.. kami gerak dari rumah pukul 8.00 pagi. Sempat jugaklah kami bertegur sapa dengan jiran kat situ. Banyak jugak info yang kami dapat dari Uncle tu. Beliau gak cakap bangunan yang kami duduk tu 10-20 tahun,. Bangunan yang kat bandar tu lebih 200 tahun. Castle tu pulak lebih 500 tahun la kot.. Bayangkan Edinburgh ni macam mana kan.. So kat sini memang banyak kawasan bersejarah.

Layankan dulu gambar kami yer.




View dari bawah Carlton Hill.
Dekat je ngan rumah yang kami duduk tu.


Sekitar Princess Street 
Sepanjang jalan memang tempat shopping.. Leh cuci mata..








Gambar ini kat sebelah Princess Mall


 Scott Monument 
(Terletak kat Princess Street)




Princess Street Garden
(Sebelah dengan Scott Monument)










Dari Princess Street Garden ke Edinburgh Castle memerlukan stamina yang tinggi.. 
kena naik tangga yang tinggi belakang tu..








Sempat lagi bergambar dengan tourist dari negara lain..




Akhirnya sampai jugak kat Castle..
Kat sini angin kuat sangat. Buktinya : tengok la rambut En Husben.. hahaha









Royal Mile
(Royal Mile ini adalah bandar baru yang di bina atas bandar lama. Maksudnya.. bawah Royal Mile ni adalah bandar lama.)











Victoria Street




Masa kat sini.. ada pulak pameran kenderaan..So sempat jugakla snap 2-3 gambar.




Lepas je kami pergi pameran kenderaan tu.. kami sesat.. Nak cari National Museum of Scotland tak jumpa.. Time ni rase nak mengamuk je kat En Husben,  Tapi tahan jela.
Sebab die taknak dengar cakap org.. nak gak ikut Map dia tu. Sebenarnya dah sah-sah salah jalan.
Last sekali patah balik jalan yang memula kitaorg lalu. 
Bila dah jumpa National Museum of Scotland takde mood nak jalan dah.. hahahaha.

Akhirnya kami pulang ke rumah dalam pukul 2 petang.. En Husben nak tgk bola tapi takde live dr Edinburgh.. Planning nak keluar semula.. tapi penat sangat.. sampai saya tertido.. 
Sedar-sedar je.. makanan malam dah siap besday boy yang masak..
Thank En Husben..

Masak ayam tanpa minyak..Berguna jugak majerin yang kitorg amik kat dalam flight.
 Good Job En Husben.

Tanpa kek.. Makan nasik pun boleh kan.. Sorie En Husben..



To be continue Day 6