Monday, November 14, 2016

UK, France and Qatar Trip - Day 9

Assalamualaikum

5 Mei 2016

Day 9 - Doha, Qatar

Sorry lambat update, mula2 rase mcm dah nak give up, tapi kne jugak habis kan entry trip ini sebab banyak lagi trip yang baru yang akan di kongsikan pasni.

Okay, disini kami menumpang rumah kawan En Hubby yang berkhidmat di Qatar, Kawasan perumahan ini area Old Salata berhampiran dengan Qatar National Museum yang masih dalam pembinaan. Old Salata ni maksudnya bandar lama. Kawasan ini berdekatan dengan Hamad International Airport.

Kawan En hubby ni menyewa rumah bersama rakan sekerja,semua staff Qatar Airways, rumah dieorg nie besar dah mcm hotel, lepas tu aircond centralize pulak tu, mmg tak penah nk off kot(sejuk bak hang). Rumah besar pun duk 4 org je, kata nya dihadkan oleh owner rumah. Kami bermalam di dalam bilik kwn En hubby tu, tuan rumah kne tido luar(sorry bebanyak yee).

Kat sini, delivery ni da mcm biasa sgt, roti canai pun boleh call terus hantar kat rumah, bkn setakat tu je, bahan mentah kat kedai runcit tu pon ada buat delivery, senang sungguh hidup disini. Untuk breakfast, kami dihidangkan sarapan "poori" cicah kari ayam, sedap jugak la rasa kari tu, maklum la sebelum ni makan Brahims je.


Selesai sarapan, hubby sambung berborak dgn rakannya, maklum la dah lama tak jumpe. Akhirnya kami keluar pada tengah hari tu. Kami di bawa keliling bandar Doha, Untuk pengetahuan semua, Doha nie ibu negara Qatar and size negara Qatar ni lebih kurang besar negeri Kedah jer, tak besar mana lah sebenarnya Qatar ni.

Kami agak beruntung sebab kawan En Hubby ada kereta kat sini..(tq yer bawak kami jenjalan)


Kat sini kami dpt melihat banyak bangunan pencakar langit. Doha ni di kira kan 1 step ke belakang dari Dubai dan Abu Dhabi, Qatar ni negara sedang pesat membangun la.

First destinasi kami iaitu Al Diwan Al Amiri. View belakang ini berlatar belakangkan bandar baru Doha. Pemandangan kat sini agak kabur sebab ada mild sand storm. (Takdelah teruk sangat)









Kami banyak sight-seeing dalam kereta jer, sbb kalo nk keluar, panas. Kami jalan2 tgk senibina rumah yg agak unik dan  kereta2 yang ade di jalan raya, rare giler kereta dieorg nie, Ferrari tu mcm biase je. 






Selepas penat ber sight-seeing, Kami berehat di COSTA, di salah satu Mall di Doha iaitu The Pearl-Qatar.





Tak sangka kat Qatar nie pn ade Costa, mase kat UK dlu slalu order air panas je, kali nie terpaksa la order air sejuk. Mall ni kalau di Malaysia, kira nya macam area Bukit Bintang la, tempat2 orang kaya lepak kot. 

Kami terus meng-explore Doha, sempat la jugak pergi ke stadium utama Qatar tp belum siap lagi. Stadium ini juga bakal diadakan World Cup tahun 2020 nnt, Semua masih dalam pembinaan termasuk la tren (LRT) tuk menghubung kan stadium ni, Terbaiklah.

Disebab kan terlalu panas, kami decide untuk lunch drive thru Burger King jer. Kemudian kami terus kan perjalanan kami ke Katara Cultural Village. 

Cantik jugak tempat ni, layan la gambar kami di bawah;
































Lepas tu, shopping time!!! kami di bawa ke kedai Abaya di Souq Al Dira, Rambang mata jadinya bile banyak sgt design2 yang cantik. Tapi kebanyakan nya warna hitam je. Hubby dan kengkawan terpaksa layan kan aje la. Kat sini ada abaya custom made ngan ready made. Maka sempatlah tempah sehelai. tapi esoknya baru siap. hahaha..



 



Malam tu..Kami di bawa ke Souq Wakif, Sempat la jugak kami beli fridge magnet sebagai kenang kenangan dan perfume.. Kat sini ada jual macam2.. ada kismis la.. kacang la.. perfume.. dan lain-lain. Gambar kat bawah ni.. saya membelakangkan FANAR Qatar Islamic Cultural Center.






Tadaaa.. baru lepas shopping minyak wangi kat Adjmal.



Lepas tu kami Dinner kat Bandar Aden Restaurant (Yemen cuisine).




Nilah kawan-kawan en hubby di Qatar. (Tq layan kami)


Tamatlah destinasi kami di Qatar untuk hari ini..

To be continue..





No comments:

Post a Comment