Monday, July 11, 2016

UK, France and Qatar Trip - Day 6

Assalamualaikum.

2 Mei 2016

Day 6 - Edinburgh - Paris

Sambungan untuk Day 6.. Seawal pagi kami dah bangun dan bersiap untuk ke destinasi seterusnya, Cadangan pertama kami untuk pergi ke Glasglow, Dari Edinburgh ke Glasglow mengambil masa dalam sejam perjalanan kalau ikut waze la.. tapi memandangkan waktu mencemburui kami.. Sebab kami akan menaiki kapal terbang ke Paris dari Edinburgh Airport maka kami tukar plan untuk berjalan di sekitar Edinburgh dimana kawasan yang semalam banyak lagi kami tak pergi..

Destinasi Pertama : Carlton Hill (Menikmati Pemandangan)

Macam saya dah cerita sebelum ni.. Carlton Hill ni dekat je dengan penginapan kami. Cuma kena menapak sikit la.. Lagipun area tu susah sikit nak cari parking. So kami decide untuk berjalan kaki jelah pagi tu.

Cuaca di Edinburgh pagi tu,. agak mendung dan redup. Hujan renyai-renyai.. Kami gagah jugakla untuk naik ke Carlton Hill tu, Untuk naik ke atas tu.. kena ada stamina yang tinggi,, sebab kena memanjat berpuluh anak tangga jugaklah. Hasilnya memang berbaloi sebab view die cantik sangat nampak satu Edinburgh..


Ni kawasan rumah penginapan kami..

Actually umah kitorang kat aras paling bawah.. ni view 1st floor. Xde lif.. huhu

Pintu untuk keluar berjalan2.. rumah ini dibina tahun 1992.

View dari luar rumah.. best kan?


Dah sampai Carlton Hill..

Sebenarnya time ni.. hujan dah turun dengan lebatnya dan basuh satu badan,, Tapi kami gigih jugak berjalan sampai kat atas ni..











Gambar selfie dalam hujan.. 



Abih basah baju, handbag, stokin, kasut, sarung tangan.. Sampai umah menggigil satu badan..

Destinasi Seterusnya: Forth Bridge, Edinburgh

Forth Bridge ini adalah laluan kereta api yang dibina pada beratus tahun dahulu,. Bridge ni mempunyai stuktur binaan yang agak unik dan menjadi tarikan pelancong.. So sesiapa yang datang ke Edinburgh ni kena datang sini la.. Tak jauh dari Bandar dalam 15km.
Kami sempat singgah sini sebab dekat je dengan Edinburgh Airport.

Ni  Forth Road Bridge




Agak kabur disini.. ini lah Forth Bridge.. 


gambar dari bawah..



Berlatar belakangkan Forth Road Bridge










Say bye bye to our ride. Sampai mimpi-mimpi en husben nak kete ni.. hahaha




Perjalanan pulang ke Edinburgh Airport.




Edinburgh Airport.. 

Sampai je airport kami kena uruskan banyak menda dan tak sempat nak snap gambar..
1) Hantar kereta
2) Check In bag 
3) Claim Tax Refund
4) Tunggu masa untuk berlepas...

Edinburgh Airport ini macam Subang Airport pulak.. Tetiba rindu Malaysia..hahahaha

Flight kami pukul 1.55 pm dari Edinburgh dan akan mendarat saya di Orly Airport, Paris.


Tax Refund

Mengenai tax refund. Setelah meng'google', ade yg mengatakan kite kene buat tax refund ni tempat terakhir kite meninggalkan negara EU (time nie UK masih lg dlm EU). Destinasi kami seterusnye ke Paris dan France masih lg di negara EU, so kalau ikut kan,. kami tak payah buat tax refund disini dan boleh buat di Paris nanti. 
Sebenarnya kami kurang yakin dengan sistem tax refund di Edinburgh Airport ni, kat sini takde kaunter pun, yang ada hanya mail box drop dan instruction untuk isik borang tax refund je. Bedasarkan pengalaman rakan2 lain yg ke Europe ni, mereka kena beratur panjang tuk dapatkan tax refund ni, tp sebabkan EDI nie airport kecik je (lebeh kurang airport Subang je) management airport tak sediakan kaunter tax refund la kot.
Tp, masing2 mcm tak puas hati je. takut salah buat keputusan, kalau salah kali ini, banyak gak duit melayang. Sempat la jugak call member yang penah belajar di Scotland dulu, tp malang nya dieorg tak pernah claim tax refund sbb dieorg student kt sini, so dieorg tak dapat nk membantu. 

Still tak puas hati, kami pun tanya org yang jaga money changer berhampiran, dia ckp sepatutnya buat tax refund ni sebelum meninggalkan negara yg kite nk claim tax tu. Contoh nye kalo barang yg dibeli dari England, patut nya kne claim di England. Alasannya, tax ni ikut negara masing2, so kena la claim dari negara yang kite beli tu la (mcm ade betul gak ape die ckp)

Time tu da glabah da, banyk barang yg kami beli dr England, dan kami dah tinggal kn England dan sekarang kami di Scotland. Agak tegang gak la kami kat sini.. 

So, kami buat keputusan kami submit je form tu kat sini.. dengan harapan semua tax yang di claim dapat refund. (Alhamdulilah setelah sebulan lebih kami claim.. dah dapat semua refund)

Pesanan : kalau korang nak tax refund kat sini, tak payah nak tunjuk barang yang dibeli (barang tu boleh check in dalam beg terus) dan submit je form tu, Make sure form tu jangan seal (follow the instruction) dan masuk dalam mail box drop yang disediakan.
Mail box drop tu berada dalam terminal selepas Check In.

untuk Copy benda yang korang dah submit tu..jangan lupa snap gambar.. apa2 hal leh call semula..



EDI - ORLY 
Flight : Transavia 

Kenapa Transavia?

Kami beli ticket ni.. last minit jugak sebulan sebelum kot. kami survey ni je Flight yang termurah kami boleh dapat setelah termasuk sekali dengan harga luggage dan free pick seat.
Transavia ni low cost carrier subsidiry Air France-KLM ibarat macam Airasia. Sesiapa nak try naik Transavia boleh klik disini..(https://www.transavia.com/en-EU/home/)
Ada juga penerbangan low cost yang lain.. contohnya easy jet tapi kami memilih transavia disebabkan waktu penerbangan kena dengan itinerary kami dan harganya paling murah waktu kami beli tu..

Orly Airport ni, di ibaratkan macam KLIA2 la tapi terletak jauh sikit dari main airport Paris iaitu Charles-de-gaulle (CDG), Airport nya kecil sikit berbanding CDG dan terletak di selatan Paris. Kebanyakan flight disini adalah local flight dan flight sekitar Europe 

Check In bag - sangat strict (boleh bawa masuk dalam cabin hanya 1 beg sahaja (termasuk handbag) dan kena ukur dulu baru lepas untuk masuk dalam cabin)

Transavia - Nora kasi 4 bintang...

Harga tiket - €66 /per person.
20 kg of hold luggage
1 piece of hand luggage (10 kg)
A standard seat of your choice

Boarding Pass kami..


Gate 3 - Edi Airport

Nampak sejuk kan.. sebenarnya kena pakai baju berlapis-lapis.. sebab tak muat dalam beg.
Maffla tu macam cite AADC2 kan? yang rangga pakai kat New York tu. (poyo)


Beratur sebelum masuk dalam flight..

Ini lah kapalnya yang bawa kami ke Paris,,

Seatnya yang selesa.. boleh pilih seat lagik..


Akhirnya dah sampai Paris... jom cari mana Eiffel Tower..





Dah sampai Orly Airport, Paris.. Kat sini cuaca dalam 14-16c.
So kitorang dah bukak baju tebal-tebal tadi..

Pengangkutan:
 Orly Airport - Antony (Orlyval)  
Antony - Port Royal (RER B)

total ticket per person : €10.25 (Ticket t+ dan Orlyval)

Ni gambar dalam Orlyval menuju ke Antony..





Akhirnya sampai jugak penginapan kami.

Hotel Novanox.
Hotel ini berhampiran dengan RER dan Metro Station. 
Lagi satu RER Port Royal ini ada OKU user friendly. So senang kami nak bawak beg besar dari bawah ke atas.
Bukan semua tempat ada OKU user friendly - boleh refer kat RER maps.

Kami sampai hotel check in dalam pukul 5 petang dan 
kami berehat sekejap je di Hotel sebab saya dah tak sabar nak tengok Eiffel Tower.

Dalam pukul 7 malam dah keluar balik time ni masih terang lagi sebab Paris waktu siang panjang.

Destinasi Pertama di Paris : Eiffel Tower

Metro : Raspail - Bir-Hakeim (Line 6)

Metro Station

Destinasi Seterusnya : Eiffel Tower (Waktu Petang - Malam)






















Lepas pusing-pusing Eiffel Tower dan sekitarnya.. kami pulang ke hotel. 

Tamat untuk Day 6.. akhirnya sampai juga saya ke destinasi idaman saya.. Thanks to En Husben kerana telah merealisasikan impian saya.. Love u so much.. muah2x..

Total Perbelanjaan :

EDI - ORLY
Transavia - €66 x 2 = €132.00

Orly Airport - Antony (Orlyval)  
Antony - Port Royal (RER B)
Ticket t+ dan Orlyval - €10.25 x 2 = €20.50

Metro (Hotel - Eiffel Tower)
Raspail - Bir Hakiem 
Ticket t+ (Metro) = €1.80 x 2 = €3.60

Metro (Eiffel Tower - Hotel)
Bir Hakiem - Raspail 
Ticket t+ (Metro) = €1.80 x 2 = €3.60

Total =  €159.70


To be Continue Day 7