Thursday, December 8, 2016

Anniversary di Kuala Lumpur

Assalamualaikum.

Nak jugak cerita pasal Anniversary kami yang ketiga di Kuala Lumpur.
Kami sengaja memilih untuk sambut anniversary kami di KL 2 hari 1 malam  (padahal rumah alamat KL kot) hahahaha.

Actually banyak perancangan yang kami buat sebelum ini tapi semua kena reject kerana kekangan masa dan bajet pada masa itu dan kami sebulat suara memilih untuk menetap di Traders Hotel Kuala Lumpur. Maklumlah En Husben tak banyak cuti dah.. (Pusing Europe ritu tak hingat)

Kami juga agak beruntung kerana tarikh Anniversary kami pula jatuh pada hari kemerdekaan Malaysia iaitu 31 Ogos. Alamak cerita ni dah basi ek.. Tak kira saya nak up kan jugak. Dah banyak tempat kita dah lawati sekali sekala nak rasa negara sendiri jugak kan? hehe.

Bilik kami ini telah ditempah oleh En Husben, dia yang rancang semua.. Siap mintak view KLCC lagi sebab malam tu ada bunga api katanya.. Walaupun bilik kami tempah ni agak mahal bagi kami tapi berbaloi-baloi.

Enjoy gambar kami..

baru je sampai bilik.. muka agak teruja sikit.






View Bilik Kami






Sempat lagi bersiar-siar kat Taman KLCC..







View di Waktu Malam




Bunga Api.. yeayyy






Last sekali belanja gambar esoknya.. Sebelum balik umah..


Review kami pasal hotel ni.. Kalau Nora kasi 5 bintang.. saya kasi 10 bintang.. hehe.

Oklah jumpa lagi..