Wednesday, September 7, 2016

UK, France and Qatar Trip - Day 8

Assalamualaikum

4 Mei 2016

Day 8 - Paris - Doha, Qatar

Untuk hari ke 8 ni.. hari terakhir kami di Paris.. Flight kami ke Doha adalah pada sebelah petang.
Maka kami pun ambil kesempatan untuk keluar awal dan bersiar-siar di area hotel penginapan kami.
Selepas subuh kami pergi ke Luxembourg Garden.

Luxembourgh Garden dikenali juga sebagai Jardin-du-Luxembourg. Dari hotel penginapan ke Luxembourgh Garden mengambil masa dalam 10 minit jugaklah berjalan. Tapi nasib baik cuaca sejuk, tak terasa sangatlah penat dan berpeluh-peluhnya.

Ikutilah gambar kami dibawah..












On the balik ke hotel.. 




Tadaaaa.. inilah hotel kami.. ada jugak gambar rupanya..


Okla.. sedikit pesanan dari hakak.. sebelum kita check out hotel.. walaupun kita booking kat Booking.com dah bayar VAT tapi kita still kena bayar tax.  (City tax per person per night.)
Korang boleh tengok waktu booking tu ada tulis.. if included okla.. biasanya Not Included.

Oklah seterusnya.. kami bersiap ke airport.. time tu dalam pukul 11 pagi kot. 
Kami sampai di Paris Charles de Gaulle Airport (CDG) sejam lepas tu.. awal sangat rasanya sebab kaunter check in pun tak dibuka lagi.. Sempat gak la kami lepak kat airport tu..




After Check In.



Kat dalam airport pun ada kedai La Duree


Sempat lagi borong perfume

Murah2.. convert sendiri la..


Sementara tunggu boarding..




Dah masuk kapal..





Akhirnya sampai kat Doha dengan menaiki Qatar Airways..
Dalam pukul 12 malam rasenya...
Sebelum masuk Qatar,  kita kena bayar Visa.
Visa yang dikenakan adalah sebanyak 100 Qatar Riyal per head dan perlu dibayar pada waktu ketibaan. (Visa Upon Arrival)


Kat sini kawan en husben datang jemput.. kami tinggal kat umah dieorg je.

Tadaaa.. Ni En Amin nama dia,,  Ada sorang lagi En Anifi tapi die keje pulak..


Cukup cerita untuk hari ini.. to be continue... apa yang menarik di Doha...