Sunday, April 17, 2016

Korea Day 2

Assalamualaikum

Untuk Day 2, kami terpaksa berpindah ke guesthouse yang disediakan oleh tour guide kami di Myendong. Untuk ke sana.. kami disarankan oleh tour guide kami untuk menaiki teksi. Sebab kami bawak banyak beg.

Kalau ikutkan tentatif.. kami kena berkumpul di Nangmuru guesthouse di Myendong dalam pukul 10pagi lebih kerana dijangka ahli group yang lain sampai pukul 7 pagi di Incheon International Airport.

Jemput tengok gambar kami..

Breakfast di Guesthouse :


View dari bilik kami,


Jalan-jalan waktu pagi di Dongdaemun,














Bergambar di depan Charim Guest House,


Naik teksi untuk ke Nangmuru Guest House



Dah sampai ke Nangmuru Guest House




Apabila semua ahli sampai.. dan check in skali.. kami memulakan perjalanan dengan menaiki coaster untuk makan tengahari dulu.


Tour Guide kami : Kelvin. Student Malaysia dari Sabah.




Bergambar di depan kedai makan.



Kalau ikut itinerary kami.. kami akan melawat tempat-tempat bersejarah di Korea (Historical Tour)
Gyeongbuk Palace
King Sejong Statue
Gwanghwamun Square
Chongae Stream
Insadong Art Street


Tempat pertama kami ialah 

Gyeongbuk Palace


Kami berjalan kaki ke Gyeongbuk Palace. Cuaca time ni sejuk dalam 2c rasanya.













Oleh kerana terlalu sejuk.. Kami mintak tour guide kami ubah itinerary..

Destinasi kami yang kedua ialah :

Ehwa University










Destinasi Ketiga kami :

Makan Malam




Kalau ikut itinerary kami.. banyak tempat yang kami tak sempat pergi.. Oleh kerana kami amik private tour guide, kami mintak tour guide kami susun semula jadual if ada masa kelapangan.


To be continue Day 3









Monday, April 11, 2016

Korea - Day 1

Assalamualaikum

Perjalanan bermula..

16 Dec 2015 - Kami ambil flight awal pagi iaitu 8.30 pagi
Sebelum subuh lagi kami dah keluar umah. Ayah da siap sewa van untuk hantar kitorang.
Tepat 4.30 pagi van da tunggu depan rumah.
Kami bertolak pukul 5.00 pagi dan sampai kat KLIA2 pukul 6.00pagi lebih kurang.
Memandangkan kami tidak ada sebarang beg untuk check in (semua bawa hand luggage) jadi kami terus check in awal sebab nak subuh sekali kat dalam.

Gambar kat KLIA2.. sebelum boarding.. Tadaaaa.. kami ber6 gerak dl..


Gambar dalam flight takde pulak sebab kami duduk asing2.

inilah kapal yang bawa kami terbang tu.. Thanks to Airasia X


Dah sampai.. time ni tak sejuk lagi.. ada wifi free.. apa lagi update apa yang patut..



Mak dan ayah dah sampai korea...



Tengah tunggu train di airport

suasana dalam train..


Keluar je dari arrival hall.. ada sorang makcik aka driver kami dah tunggu. Memang sepatah perkataan pun kami tak faham apa dia cakap. Nasib baik pihak lurima da bagitau dia awal-awal kami duduk mana. So macam ayam dan itik bercakap time tu.

Time ni rasenya 2c kot. sejuk sampai ke tulang bak hang..

ok yang ni kami dalam MPV ke guesthouse. Time ni dah rasa kesejukannya.

Hari Pertama ini, kami pilih untuk tinggal di Dongdaemun. Sebab kenapa pilih di Dongdaemun kerana malam-malam boleh jalan2 kat mall.. Kami pilih Charim Guesthouse.
Guesthouse ni tingkat 3 ok, terpaksa lah mak ngan ayah menaiki tangga yang tinggi tu.

Kami sampai di Dongdaemun ni pun dah malam. kalau ikutkan dalam pukul 7-8 malam. Kat sini pukul 5-6 petang pun dah gelap.

Kat guesthouse ni memang disediakan wifi.. 
ok kat sini.. kami tak beli apa2 simcard pun mmg bergantung pada wifi je.. kat korea memang senang nak dapat wifi free..

Tempat makan ni pun kami google siap2 dari guesthouse pastu redah je.. nasib baik sampai jugak kedai makannya..

Untuk sampai ke kedai makan ni.. kami terpaksa berlari-lari masuk dari satu mall ke mall yang lain sebab sejuk sangat dan ditambah oleh angin yang agak kencang... lepas dah hilang sejuk baru kami continue jalan semula..

Ok jom layan gambar pulak...

Tepat pukul 9.00 malam.. kami bersiap-siap nak pergi makan. Ayah pada mulanya tak larat nak join.. tapi disebabkan aku dan yang lain tak reti cakap korea nak tapau (bungkus) tu apa.. kami pun tarik ayah ikut sekali.. Time ni memang kesejukan maksimum aku rase. maybe dalam -6c kot.

persediaan sebelum start berjalan. Aku dari pandang blkg.. tengah tolong selimutkan ayah.

sempat la snap gambar dalam kesejukan.. ayah da berbungkus tu..



 Dah sampai kedai makan.. kat sini, aku suruh akak ipar aku yang cakap bahasa korea.
yang penting takde arak.. takde oik oik.. Ayat ni aku da mintak kat member aku siap2 apa yang nak disebut.hahaha. (credit to farah).

Dah sampai kedai kami pilih makan bersila pulak.. kena bukak kasut dan naik tangga bagai.. okla nak sangat rasa makan bersila kan.. hihi. Kat sini kami nak order makanan pun kami main tunjuk je. nak mintak air pun susah.. Kena bagi bahasa isyarat baru dieorang paham. hahahaha. Kat sini takde teh ais.. kena minum air coway je..

menu makanan kami.. ikan tak sampai lagi..


mr hubby tak sabar nak makan tu..



Sempat beli susu pisang..





Dongdaemun waktu malam..


Tamatlah untuk hari pertama... to be continue..