Monday, March 7, 2016

perth oh perth


Assalamualaikum..

Atas permintaan ramai untuk aku kembali menceburkan diri dalam dunia blog ini. (kau bujet ko ramai follower) hahahahha. kuang asam punye kawan awal2 lagi ko dah gelakkan aku.
Tapi takpe.. aku tau ko akan baca jugak blog aku nih. 

Actually percutian kali ini aku pergi bersama officemate aku. Kami pergi berempat termasuk me and my hubby. Kami rancang percutian ni lama sgt. Memula kami beli tiket untuk berlima tapi ada sorang menarik diri. Maka terjadilah Trip 4 Sekawan. Kami beli tiket ini tahun lepas kot waktu tu Airasia Promo Free Seat. FYI sekarang ini ada lagi promo tu. Sesapa nak pergi boleh beli tiket sekarang. (Kami beli murah giler time tu)

Persiapan sebelum ke Perth:
1.       Pastikan rancang perjalanan anda. Mesti ada itinerary yer kawan-kawan. Macam kami ini, itinerary yang kami susun memang pack.
2.       Pastikan korang dah apply visa (Ni kerja member aku.. kalau tak silap - dia just emel  details,  passport dan bayar RM20)  - eta.australia@yahoo.com
*Pastikan korang punya passport 6 bulan sebelum expired date tau.
3.       Booking hotel – ikut la nak hotel macam mana. Kami prefer apartment sebab kami nak masak.
Day 1 – City Stay Apartment , Perth
Day 2 – Havana Villa , Albany
Day 3 – Broadwater Beach Resort
Day 4 – Malaysia Hall Perth
Day 5 & 6 – City Stay Apartment
4.       Booking kereta – Kami pilih aries car rental  
5.       Declare barang makanan dan ubat- ubatan yang hendak dibawa.
6.       Pastikan luggage korang mencukupi dan beli pre book meal- nanti lapar kat atas tu.  (part ini pandai-pandai korang la)

1.ITINERARY
Lepas korang dah beli tiket, perkara pertama google la nak pergi area mana. Contohnya kami target nak pusing Perth tu. Hasil google-google blog orang lain dan tanya kawan-kawan yang pernah pergi perth , maka siaplah itinerary kami ni.
Nota kaki : *credit to ana dan nini yang banyak membantu.


2. Apply VISA
Hantar emel ke.. eta.australia@yahoo.com

 1. copy passport -Your passport MUST BE valid for at least 6 months from the departure date 
 2. mobile number 
 3. email address 
 4. flight details 

 5. home address 
 6. svc  fee RM 20 / passport 

3. BOOKING HOTEL
Oklah booking hotel.. kami guna booking.com (boleh dipercayai) ni kerja kawan aku (yang gelakkan aku tadi) Hampeh tol..  last nanti baru aku mention ko yer. Pastikan korang booking hotel guna Credit Card bagi mengelakkan korang punya booking kena reject last minit.  Ceritanya memula kami guna debit card yang tak cukup baki dalam tu. Kononnya taknak di tolak awal-awal. Last mmg kami tukar semua credit card. Senang kan? Lagi satu lepas korang dah buat transaction tu, check la credit card korang tu..
 Kes 1 -  hotel City Stay Apartment (untuk day 1 )tu dia charge awal-awal sebagai deposit katanya. Dalam booking.com tulis tak kena. Tapi sebenarnya depend on hotel tu sendiri. Kalau nak batal tu. Diorang akan refund balik la duit kita tu. Cam gitu.
Kes 2 – broadwater  beach hotel tu diorang double charge kat Credit Card aku. Tapi jangan risau buat report kat booking.com dan korang akan dapat refund balik. (tapi aku gelabah jugak la)
Hotel yang kat Albany dan Buselton tu memang kami pilih kat tepi pantai.
4. BOOKING KERETA
Pasal booking kereta kawan aku sorang lagi uruskan. Aku boleh cerita sikit jela mana yang aku tahu jela. FYI, korang tak payah la nak buat surat kat JPJ tu (rugi RM10 tau) sebab company ni terima lesen kereta yang baru.  Untuk booking ni juga, kami guna credit card.

5. DECLARE BARANG MAKANAN DAN UBAT-UBATAN
Pasal declare ini memang kerja aku. Semua aku buat. Sebenarnya jawatan aku untuk ke Perth ni selaku menteri kewangan dan setiausaha pun boleh. Gila Kuasa. Semua kerja aku nak buat.
Sebelum korang pergi beli barang.. pastikan korang tau apa jenis makanan yang boleh dibawa dan tak boleh dibawa. Macam kami ni.. main beli je. Balik rumah garu kepala sebab banyak barang salah beli. So kitorang tawakal jela. Declare jela apa barang yang dah beli pendek cerita angkut je semua..hahaha. redha jela kalau kena buang.
Cara packaging pulak.. kami dengar nasihat dari kawan-kawan supaya  balut  je makanan dengan plastic bag. Kalau boleh buat 2-3 lapis. Kalau anjing tu nak jilat or hidu ke.. so tak kena la dengan makanan kita.  Cam gitu pun boleh. So berplastik-plastik la makanan tu.
Ubat pun sama. Memandangkan my hubby ni die ada sakit belakang kena bawa pain killer so kami pun declare jela.

TIPS MENGHADAPI KASTAM/IMMIGRATION
Touchdown je kat airport tu..  banyak-banyak kan la berselawat dan baca rabbi yassir wala tu’assir tu. Semoga perjalanan korang di permudahkan dan makanan tak di bawa tak dibuang. Actually kitorg cuak jugak la.. Sebelum sampai tu, kita kena isi satu form(Borang incoming passenger). Borang ini make sure korang isi betul-betul. So kami ni biasa la sorang da isi yang lain tiru jela. 
Makanya.. berlakulah kekeliruan semasa menghadap pihak immigration kat sana. Hahahaha. 
Sepatutnya kami akan pergi serentak (berempat) di immigration tu.. tapi awal- awal dah berpecah disebabkan hubby ngan sorang lagi member tu di suruh ke automatic lane. Kami berdua berhijab kena beratur di lane yang lain. Takpelah kami tawakal je.
Soalan yang ditanya.. ubat dan barang makanan yang dibawa. Pasal ubat je immigration tu tanya ada bawa ubat? sorang jawab tak.. sorang jawab ye. Lepas tu dia tanya ubat tu ada surat doktor ke? sorang jawab ada.. sorang jawab tak. hahahaha. tapi alhamdulilah kami lepas juga.
Kertas yang kita tulis tadi tu akan kita pegang sehingga pemeriksaan kastam.
Harus diingat bila lepas dari immigration tu ada satu lagi checking. Dekat sini dia akan tanya ada tak makanan yang kita bawa dan ubat. So jawablah dengan jujur.
*Kat sini pun dia akan tulis dekat form kita isi kat atas flight tadi.
Akhir sekali kami tak perlu scan bag.. kami terus ke barisan untuk pemeriksaan bag oleh kastam.
Tengok orang depan kami abis begnya di buka. cuak disitu, Akhirnya kami melepasi kastam tersebut tanpa sebarang pemeriksaan, Alhamdulilah.

To Be Continue.... perth day 1.


4 comments:

  1. nama dia tak mention ek? tunggu la sambungannya

    ReplyDelete
  2. Cayalah..cik sepi kini sudah tidak sepi lg. Aku nye blog dh bersawang..cer ko tlong bersihkan sket habuk dia..haha

    ReplyDelete
  3. Kalau dah start menaip tak berhenti weh.. Ni pun kawan aku suh buat blog.. Senang cite.

    ReplyDelete