Assalamualaikum..
Atas permintaan ramai untuk aku kembali menceburkan diri dalam
dunia blog ini. (kau bujet ko ramai follower) hahahahha. kuang asam
punye kawan awal2 lagi ko dah gelakkan aku.
Actually percutian kali ini aku pergi bersama officemate aku. Kami
pergi berempat termasuk me and my hubby. Kami rancang percutian ni lama sgt.
Memula kami beli tiket untuk berlima tapi ada sorang menarik diri. Maka
terjadilah Trip 4 Sekawan.
Kami beli tiket ini tahun lepas kot waktu tu Airasia Promo Free Seat. FYI
sekarang ini ada lagi promo tu. Sesapa nak pergi boleh beli tiket sekarang. (Kami
beli murah giler time tu)
Persiapan sebelum ke Perth:
1. Pastikan rancang perjalanan anda.
Mesti ada itinerary yer kawan-kawan. Macam kami ini, itinerary yang kami susun
memang pack.
2. Pastikan korang dah apply visa (Ni
kerja member aku.. kalau tak silap - dia just emel details,
passport dan bayar RM20) - eta.australia@yahoo.com
*Pastikan korang punya passport 6 bulan sebelum expired date tau.
3. Booking hotel – ikut la nak hotel
macam mana. Kami prefer apartment sebab kami nak masak.
Day 1 – City Stay Apartment , Perth
Day 2 – Havana Villa , Albany
Day 3 – Broadwater Beach Resort
Day 4 – Malaysia Hall Perth
Day 5 & 6 – City Stay Apartment
4. Booking kereta – Kami pilih aries car
rental
5. Declare barang makanan dan ubat-
ubatan yang hendak dibawa.
1.ITINERARY
Lepas korang dah beli tiket,
perkara pertama google la nak pergi area mana. Contohnya kami target nak pusing
Perth tu. Hasil google-google blog orang lain dan tanya kawan-kawan yang pernah
pergi perth , maka siaplah itinerary kami ni.
Nota kaki : *credit to ana dan
nini yang banyak membantu.
2. Apply VISA
Hantar
emel ke.. eta.australia@yahoo.com
1. copy passport -Your passport MUST BE valid for at least 6 months from the departure date
2.
mobile number
3.
email address
4.
flight details
5.
home address
6. svc fee RM 20 / passport
6. svc fee RM 20 / passport
3. BOOKING HOTEL
Oklah booking hotel.. kami guna
booking.com (boleh dipercayai) ni kerja kawan aku (yang gelakkan aku tadi) Hampeh
tol.. last nanti baru
aku mention ko yer. Pastikan korang booking hotel guna Credit Card bagi
mengelakkan korang punya booking kena reject last minit. Ceritanya memula
kami guna debit card yang tak cukup baki dalam tu. Kononnya taknak di tolak
awal-awal. Last mmg kami tukar semua credit card. Senang kan? Lagi satu lepas
korang dah buat transaction tu, check la credit card korang tu..
Kes 1 - hotel City
Stay Apartment (untuk day 1 )tu dia charge awal-awal sebagai deposit katanya.
Dalam booking.com tulis tak kena. Tapi sebenarnya depend on hotel tu sendiri.
Kalau nak batal tu. Diorang akan refund balik la duit kita tu. Cam gitu.
Kes 2 – broadwater beach
hotel tu diorang double charge kat Credit Card aku. Tapi jangan risau buat
report kat booking.com dan korang akan dapat refund balik. (tapi aku gelabah jugak la)
Hotel yang kat Albany dan
Buselton tu memang kami pilih kat tepi pantai.
4. BOOKING KERETA
Pasal booking kereta kawan aku sorang
lagi uruskan. Aku boleh cerita sikit jela mana yang aku tahu jela. FYI, korang
tak payah la nak buat surat kat JPJ tu (rugi
RM10 tau) sebab company ni terima lesen kereta yang baru. Untuk
booking ni juga, kami guna credit card.
5. DECLARE BARANG MAKANAN DAN
UBAT-UBATAN
Pasal declare ini memang kerja
aku. Semua aku buat. Sebenarnya jawatan aku untuk ke Perth ni selaku menteri
kewangan dan setiausaha pun boleh. Gila Kuasa. Semua kerja aku nak buat.
Sebelum korang pergi beli
barang.. pastikan korang tau apa jenis makanan yang boleh dibawa dan tak boleh
dibawa. Macam kami ni.. main beli je. Balik rumah garu kepala sebab banyak
barang salah beli. So kitorang tawakal jela. Declare jela apa barang yang dah
beli pendek cerita angkut je semua..hahaha. redha jela kalau kena buang.
Cara packaging pulak.. kami
dengar nasihat dari kawan-kawan supaya balut je makanan dengan
plastic bag. Kalau boleh buat 2-3 lapis. Kalau anjing tu nak jilat or hidu ke..
so tak kena la dengan makanan kita. Cam gitu pun boleh. So berplastik-plastik
la makanan tu.
Ubat pun sama. Memandangkan my
hubby ni die ada sakit belakang kena bawa pain killer so kami pun declare jela.
TIPS MENGHADAPI KASTAM/IMMIGRATION
Touchdown je kat airport
tu.. banyak-banyak kan la berselawat dan baca rabbi yassir wala tu’assir
tu. Semoga perjalanan korang di permudahkan dan makanan tak di bawa tak
dibuang. Actually kitorg cuak jugak la.. Sebelum sampai tu, kita kena isi satu
form(Borang incoming passenger). Borang ini make sure korang isi betul-betul. So
kami ni biasa la sorang da isi yang lain tiru jela.
Makanya.. berlakulah kekeliruan
semasa menghadap pihak immigration kat sana. Hahahaha.
Sepatutnya kami akan pergi
serentak (berempat) di immigration tu.. tapi awal- awal dah berpecah disebabkan
hubby ngan sorang lagi member tu di suruh ke automatic lane. Kami berdua
berhijab kena beratur di lane yang lain. Takpelah kami tawakal je.
Soalan yang ditanya.. ubat dan
barang makanan yang dibawa. Pasal ubat je immigration tu tanya ada bawa ubat?
sorang jawab tak.. sorang jawab ye. Lepas tu dia tanya ubat tu ada surat doktor
ke? sorang jawab ada.. sorang jawab tak. hahahaha. tapi alhamdulilah kami lepas
juga.
Kertas yang kita tulis tadi tu
akan kita pegang sehingga pemeriksaan kastam.
Harus diingat bila lepas dari
immigration tu ada satu lagi checking. Dekat sini dia akan tanya ada tak
makanan yang kita bawa dan ubat. So jawablah dengan jujur.
*Kat sini pun dia akan tulis
dekat form kita isi kat atas flight tadi.
Akhir sekali kami tak perlu scan
bag.. kami terus ke barisan untuk pemeriksaan bag oleh kastam.
Tengok orang depan kami abis
begnya di buka. cuak disitu, Akhirnya kami melepasi kastam tersebut tanpa
sebarang pemeriksaan, Alhamdulilah.
To Be Continue.... perth day 1.
sape la yg kacau ko 2 kak..
ReplyDeletenama dia tak mention ek? tunggu la sambungannya
ReplyDeleteCayalah..cik sepi kini sudah tidak sepi lg. Aku nye blog dh bersawang..cer ko tlong bersihkan sket habuk dia..haha
ReplyDeleteKalau dah start menaip tak berhenti weh.. Ni pun kawan aku suh buat blog.. Senang cite.
ReplyDelete